Duda tunjuk kemaluan atas motosikal direman empat hari

Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Yan bagi permohonan reman pada Isnin.

YAN - Seorang duda direman empat hari bagi membantu siasatan berkelakuan tidak senonoh dan menunjukkan kemaluan terhadap dua wanita semasa menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Teroi, dekat sini pada Ahad.

Majistret Mahkamah Yan, Anis Suraya Ahmad mengeluarkan perintah reman bermula Isnin sehingga 9 Februari ini bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan.

Iklan
Iklan

Pada Ahad media melaporkan seorang duda dikesan berkelakuan tidak senonoh terhadap dua wanita ketika menunggang motosikal dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nur Wahida Ahmad, 27, dikatakan sedang menunggang motosikal bersama anak saudara berusia 20-an sebelum terserempak dengan lelaki terbabit yang disedari berkelakuan tidak senonoh tanpa segan silu dengan menunjukkan kemaluannya.

Iklan

Menurut Nur Wahida, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Guar Chempedak untuk pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang di sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di jalan Guar Cempedak pada jam 5.45 petang Ahad selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

Iklan