#selamatpagisubangjaya ke arah visi bandar raya mampan

Iklan
Penganjuran #selamatpagisubangjaya edisi ketujuh dimeriahkan dengan pertandingan berbasikal Endurance Challenge 100 kilometer pada Ahad lalu.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sentiasa menitikberatkan kolaborasi dan penglibatan komuniti dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan serta lain-lain inisiatif sosial bagi mencapai visi bandar raya hijau dan mampan.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSA, Azfarizal Abdul Rashid berkata, persekitaran kehidupan lengkap dan berkualiti, persekitaran komuniti berdaya huni serta keterlibatan dan kolaborasi komuniti adalah penting bagi pembentukan komuniti inklusif dan berdaya huni.

Iklan
Iklan

"Penganjuran program ini merupakan komitmen berterusan daripada pihak MBSJ untuk pengurangan penggunaan kenderaan di samping mengawal pencemaran udara di bandar raya ini sekali gus mengajak warga Subang Jaya untuk bersama-sama melakukan aktiviti berbentuk santai bersama keluarga berkonsepkan gaya hidup sihat (sukan dan riadah).

"Edisi pada kali ini amat istimewa terutamanya bagi peminat sukan berbasikal dengan penganjuran aktiviti baharu iaitu pertandingan berbasikal Endurance Challenge 100 kilometer yang disertai lebih kurang 200 peserta dan Kejohanan Push Bike," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, MBSJ berharap menerusi program tersebut, komuniti Subang Jaya dan sekitar akan menyokong usaha Majlis dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu SDG 3: Good Health an Well Being, SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG 13: Climate Action.

"Ini juga sebagai menyahut saranan kerajaan negeri dan persekutuan bagi pengurangan karbon (CO2) kepada 45 peratus pada tahun 2030 selain mengutamakan penggunaan kemudahan awam dan menyokong inisiatif mesra alam," tambahnya.

Iklan