100 maut gempa bumi di Syria

Iklan
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa di tapak bangunan yang rosak berikutan gempa bumi di Syria. - Foto: Reuters

IDLIB (Syria) - Sekurang-kurangnya 100 orang dilaporkan terbunuh manakala ratusan lagi cedera di Syria selepas beberapa kejadian gempa bumi kuat yang berpusat di tenggara Turkiye melanda pelbagai wilayah pada Isnin.

Gegaran turut melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa di Syria, lapor Anadolu memetik agensi berita SANA.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 42 orang maut manakala lebih 200 lagi cedera di Aleppo di bawah kawalan rejim Bashar al-Assad, menurut laporan itu.

Berpuluh-puluh bangunan dilaporkan musnah atau rosak di kawasan utara Syria, dan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.

Iklan
Iklan

Di pelbagai wilayah di utara Syria, sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera. - Bernama