Mercun dan bunga api: Libatkan peranan ketua masyarakat

Iklan
Kerajaan perlu melibatkan ketua masyarakat dalam garis panduan penggunaan mercun dan bunga api di negara ini susulan keputusan membenarkan aktiviti pembakaran serta penjualannya baru-baru ini.(Gambar hiasan) - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu melibatkan ketua masyarakat dalam garis panduan penggunaan mercun dan bunga api di negara ini susulan keputusan membenarkan aktiviti pembakaran serta penjualannya baru-baru ini.

Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin, ia perlu bagi memudahkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa, di samping melahirkan masyarakat yang berilmu dan peka akan pengurusan risiko.

Iklan
Iklan

"Sudah sampai masa kita memperkasakan komuniti dengan pengetahuan dan tindakan pemantauan.

"Ini boleh dibantu oleh ketua-ketua komuniti itu sendiri, tetapi ia perlu selari dengan pengetahuan masyarakat.

Iklan

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 3 Februari lalu yang mengumumkan kabinet memutuskan menarik balik larangan penjualan dan permainan mercun yang diharamkan sejak 1995.

Bagaimanapun, kata Kor Ming, kerajaan akan mengawal dari segi sumber penjualan dan pengimportan produk berkenaan.

Iklan

Shamsul Bahari berkata, meskipun kerajaan menarik balik larangan tersebut, penguatkuasaan secara holistik masih sangat diperlukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Mungkin dari sudut tertentu, larangan secara total aktiviti bermain mercun, terutama di musim perayaan, tidak lagi relevan.

"Tetapi, penarikan larangan ini perlu diselarikan dengan tugas penguatkuasaan yang lebih fokus, pemantauan dan pematuhan garis panduan kawalan risiko baharu yang akan dibangunkan nanti," jelasnya lagi. - Awani