SHAH ALAM - Pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita mengakui tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada suami dan anak-anak untuk mencapai kebahagiaan.
Malah ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri itu menegaskan, beliau sentiasa reda dengan ketentuan ALLAH SWT dalam menentukan takdir yang diperolehi.
"Life is complecated (kehidupan ini rumit). Sebab itu saya tidak ada harapan kepada suami, anak-anak. Hari ini semua orang kata saya seorang yang berjaya (tetapi) itu yang orang nampak. Adakah kekayaan itu satu perkara yang membuatkan saya bahagia.
"Jangan merajuk terhadap takdir yang ALLAH bagi, berdamailah dengan takdir, terima takdir, balik kepada agama kerana hidup adalah antara kita dengan ALLAH walaupun anak (dan) suami memang menyakitkan.
"Rajuk adalah satu benda yang paling salah dalam minda, dalam perkahwinan, dalam (hal) anak-anak, dalam pekerjaan. Jangan ada dalam kepala kita rajuk kepada suami, buang (kerana) kita tak akan bahagia sebab manusia tidak beri kebahagiaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), 'Rajuk Hati Bonda Rozita' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Program selama sejam itu dikendalikan Hazlin Hussain sebagai hos.
Dalam pada itu, Rozita turut menasihatkan agar sentiasa bersangka baik terhadap takdir yang ALLAH SWT berikan dan reda adalah tindakan paling tepat berbanding berharap kepada manusia.

Rozita tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi mengenai kisah hidupnya dalam program MUM yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.