YaPEIM lancar Pelan Pembangunan Komuniti Setempat

Iklan
Mohd Na'im melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Bagi menjadikan masjid sebagai wadah untuk memperkasakan komuniti setempat, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, objektif pelan pembangunan yang diketengahkan pihak YaPEIM itu adalah bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat sekali gus membantu meningkatkan pendapatan dan menyediakan taraf hidup yang wajar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Masjid Jamek Kampung Baru dipilih sebagai perintis bagi mencapai matlamat tersebut meliputi aspek ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

"Ia juga dapat menjana peluang pekerjaan melalui pelbagai inisiatif meliputi pelbagai golongan di dalam komuniti ini.

Iklan

"Pelan pembangunan komuniti ini juga dapat membantu golongan sasar seperti wanita, orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak, belia, miskin tegar, golongan asnaf dan kumpulan B40,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada Isnin.

Mohd Na'im (tiga dari kanan) bergambar selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus; Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang @ Musran Tawil; Pengerusi Masjid Kampung Baru, Datuk Mohd Khay Ibrahim dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Iklan

Sementara itu, Mohd Radzif berkata, Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM menggariskan lapan 'touchpoint' strategik antaranya menjadikan masjid serta institusi setempat sebagai 'entry point'.

"Ini bersesuaian sebagai lokasi pembangunan yang akan memberi fokus kepada program-program pemantapan aktiviti keusahawanan komuniti bagi usahawan sedia ada melalui program pembangunan usahawan YaPEIM.

"YaPEIM juga meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 10 komuniti dapat disantuni bagi tahun 2023 dengan projek komuniti ini memberi penekanan kepada pembangunan usahawan bagi 'survival' kepada kehidupan mereka,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena program itu antaranya taklimat pembangunan komuniti, taklimat program Inspirasipreneur YaPEIM, taklimat kesedaran halal dan inovasi pembangunan produk, taklimat usahawan asnaf, taklimat skim pembiayaan mikro kredit Ar Rahnu YaPEIM, program celik kendiri-motivasi dan penyampaian sumbangan kepada golongan rentan.