Cabutan bertuah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2023

Iklan
Pengunjung sedang melihat buku yang dijual sempena Jualan Gudang 2023.

SHAH ALAM - Cabutan bertuah Jualan Gudang Karangkraf 2023 bagi pembelian sebanyak RM100 ke atas akan diadakan pada Selasa jam 2 petang.

Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, cabutan bertuah tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook dan Instagram Grup Buku Karangkraf.

Iklan
Iklan

Jelasnya, cabutan yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin itu akan memilih seramai sembilan pemenang untuk memenangi barangan elektronik.

"Hadiah yang kita sediakan kepada pemenang adalah air fryer, ketuhar, vakum, mesin pencetak dan pelbagai lagi barangan elektronik yang lain. Kesemuanya mempunyai sembilan hadiah.

Iklan

"Bagi sesiapa yang bertuah untuk memenanginya, pihak kami (Grup Buku Karangkraf) akan menghubungi pemenang melalui maklumat yang telah diberikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Anis, Jualan Gudang Karangkraf 2023 yang telah berlangsung bermula 27 Januari hingga 6 Februari itu telah menerima kunjungan sehingga 20,000 individu.

Iklan

"Hari ini merupakan hari terakhir. Meskipun ada di antara kita yang tidak bercuti sempena cuti umum perayaan Thaipusam, namun saya lihat sambutan hari ini masih ramai pengunjung yang datang seperti hari minggu,” jelasnya.

Tambah beliau, dari segi jualan secara keseluruhan pula, ia telah menepati sasaran yang ditetapkan dengan kebanyakan jualan adalah daripada pembelian al-Quran.

Anis ketika menyusun buku-buku di Jualan Gudang Karangkraf 2023.

"Kebanyakan jualan kita adalah al-Quran. Mereka yang datang boleh dikatakan mencari al-Quran, namun bagi buku-buku lain juga masih terdapat pembeli yang tersendiri,” ujarnya.

Menurut Anis, Grup Buku Karangkraf akan menganjurkan Jualan Gudang Karangkraf yang seterusnya pada hujung tahun ini namun tarikh masih belum ditetapkan.

"Atas permintaan ramai, kami akan lakukannya pada hujung tahun ini lagi sekali. Ada juga yang meminta kepada kita untuk buat dua bulan sekali, namun kami akan lakukan jualan gudang ini setahun dua kali sahaja.

"Bagi program-program jualan gudang akan datang, memandangkan sekarang ini ramai berminat untuk dengar bual bicara dengan pihak dalam industri buku, jadi kita akan buat aktiviti ini dan yang ditambah dengan aktiviti yang lain,” katanya.