ISTANBUL - Turkiye digemparkan dengan satu lagi kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada petang Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Gempa itu dilaporkan berlaku pada 1.24 tengah hari (2100GMT) waktu tempatan, berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Iklan
Iklan
Ketua Pengarah Gempa Bumi dan Pengurangan Risiko AFAD, Orhan Tatar berkata, aktiviti gempa bumi di rantau ini dengan gegaran susulan sehingga 6.5 - 6.7 pada skala Richter dijangka berterusan.
Awal pagi Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, sekurang-kurangnya 912 orang terbunuh manakala 5,385 lagi cedera di 10 wilayah setakat ini. - Bernama.