Gempa bumi: Pas gerak misi kemanusiaan ke Turkiye

Iklan
Dilaporkan kekuatan gegaran gempa bumi yang melanda Turkiye turut dirasai sehingga ke Syria dan Lubnan.

SHAH ALAM - Pas sedang melakukan persiapan untuk menggerakkan misi kemanusiaan ke Turkiye ekoran kejadian gempa bumi yang melanda negara berkenaan pada pagi Isnin.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PasRelief yang merupakan salah satu entiti Pusat Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa parti itu akan bertindak sebagai Pusat Koordinasi Bantuan Bencana untuk menerima segala bentuk sumbangan dan bantuan bagi menjayakan misi tersebut.

Iklan
Iklan

"Pas sedang bersiap sedia untuk menggerakkan misi kemanusiaan berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye yang akan dikoordinasi (oleh) PasRelief.

"Sama-samalah kita menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye. Semoga Turkiye dan warganya dilindungi dan dirahmati ALLAH SWT,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye, manakala kira-kira 100 orang dilaporkan terbunuh dan ratusan lagi cedera di Syria, pada pagi Isnin.

Pas siap sedia gerakkan misi kemanusiaan ke Turkiye ekoran kejadian gempa bumi yang melanda negara berkenaan pada pagi Isnin.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras.

Iklan

Sementara itu, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut menzahirkan ucapan takziah atas musibah yang melanda negara itu.

"Dilaporkan kekuatan gegaran gempa bumi yang melanda Turkiye turut dirasai sehingga ke Syria dan Lubnan.

"Kejadian gempa bumi tersebut juga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, bangunan dan kediaman di wilayah-wilayah yang terkesan akibat kejadian tersebut seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 7.4 skala richter landa wilayah selatan Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye: 76 maut, 440 cedera

ARTIKEL BERKAITAN: 100 maut gempa bumi di Syria

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban gempa bumi di Turkiye, Syria meningkat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi: Malaysia rakam takziah, simpati kepada Turkiye