Para pengunjung Taman Tasik Seremban menaiki bot basikal semasa meluangkan masa bersama ahli keluarga masing-masing sempena cuti ganti sempena Thaipusam hari ini.
Taman Rekreasi Air Seremban menawarkan permainan bot basikal seperti Swan Pedal Boat, Duck & Swan Pedal Boat, Becha, Water Bike dan kayak bermula dengan harga serendah RM5 hingga RM35 mengikut jenis permainan dan jangka masa.