SHAH ALAM - Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, kaji selidik secara dalam talian itu akan digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kaji selidik itu juga dilaksanakan dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.
"Kita amat berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat terlibat sama untuk menjawab soalan-soalan penting dalam kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan ini.
"Ia menjadi salah satu kad laporan Kerajaan Perpaduan yang dikumpul bersama dengan analisis serta penilaian pelbagai tokoh, penganalisis dan pemerhati politik tanah air,” katanya pada Isnin.Orang ramai boleh menyertai kaji selidik melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/1pFIQPoUjyhh0S7g5lkkCy0pHuUwQpJow2Y_Sd_qlhcY.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November tahun lalu setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Untuk rekod, kaji selidik mega pernah digerakkan lima media perdana negara bersama firma penyelidikan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan membawa mesej jelas iaitu mengumpulkan hasrat dan suara rakyat Malaysia.