Perlunya penstrukturan semula TVET

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

HARI ini, program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin mendapat tempat dalam kalangan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bukan disebabkan tidak dapat menyambung pelajaran di mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) tetapi disebabkan permintaan TVET dalam kalangan pemain industri amat menggalakkan.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, bidang kemahiran hari ini juga dilihat semakin berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia.

Begitu pun, apa yang dapat dilihat penawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET tidak hanya diberikan satu pihak sahaja.

Iklan

Banyak pihak yang terlibat dengan pelbagai nama kursus yang sebenarnya kurang difahami para pemohon.

Senario ini bukan sahaja menyebabkan para pemohon yang terdiri daripada lepasan SPM keliru malah ada kalanya mereka sendiri tidak tahu hendak memohon kursus apa disebabkan nama yang terlalu asing bagi mereka.

Ini belum lagi bercakap mengenai institusi mana yang mereka ingin pohon.

Iklan

Difahamkan hari ini terdapat empat Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di negara ini iaitu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Apabila baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) menstruktur semula program TVET sedia ada bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya, ia dilihat satu keputusan yang tepat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga berpendapat TVET yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian hari ini menimbulkan kekeliruan buat pemain industri dari sudut penggajian dan sebagainya.

Ini juga secara tidak langsung katanya berlaku pembaziran, selain tidak terurus dan tidak fokus.

Jadi, rasanya sudah tiba masanya kementerian-kementerian yang terlibat duduk bersama dan berbincang bagaimana hendak menjadikan TVET ini berada di bawah satu bumbung atau dijadikan satu pusat sehenti (one stop center) dengan nama-nama kursus yang ringkas dan mudah difahami pemohon.

Permudahkanlah urusan anak-anak muda hari ini agar TVET dapat dilaksanakan seiring dengan peredaran masa.