Gempa bumi: Turkiye isytihar tujuh hari berkabung

Iklan
Penduduk berusaha mencari mangsa yang mungkin yerperangkap di bawah sisa runtuhan di Adana, Turkiye. - Agensi

ANKARA - Kerajaan Turkiye pada Isnin mengisytiharkan tempoh berkabung tujuh hari berikutan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara itu dan negara jiran Syria yang mengorbankan sekurang- kurangnya 3,800 nyawa.

Menurut Presiden Reccep Tayyip Erdogan tempoh berkabung nasional itu bermula pada Isnin sehingga Ahad ini.

Iklan
Iklan

Awal pagi semalam, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah.

Media antarabangsa melaporkan Turkiye merekodkan 2,379 kematian, manakala Syria pula kekal 1,444 kematian setakat ini.

Iklan

Ia adalah bencana terbesar di Turkiye sejak 1939, di mana sejumlah 2,818 bangunan dilaporkan runtuh dalam kejadian itu setakat ini.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa angka kematian dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa berikutan ramai mangsa masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Iklan

Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.

Pada tahun 1999, gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter telah mengorbankan lebih 17,000 nyawa penduduk terutama di Duzce dan Istanbul dan adalah gempa paling teruk melanda Turkiye dalam tempoh beberapa dekad. - AFP