Bicara kes Ebit Lew bersambung hari ini

Iklan
Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom.

TENOM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9.10 pagi bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam dan berkopiah putih tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam.

Iklan
Iklan

Ebit menghadiri perbicaraan itu selepas berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, pihak pendakwaan telah menampilkan lima saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Iklan

Perbicaraan bersambung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini melibatkan saksi baharu iaitu yang keenam untuk dipanggil memberi keterangan.

Ebit diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Iklan

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.