PH, BN perlu berjiwa besar bincang kerusi

Iklan
MK Ibrahim

SEREMBAN - Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang kini bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata, semua pihak harus menerima dengan hati terbuka meskipun terpaksa mengecilkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Pada PRU14, Amanah ada 10 kerusi DUN dan kita menang tiga kerusi iaitu Paroi, Lenggeng dan Kuala Klawang.

Bagaimanapun katanya, beliau difahamkan sehingga kini masih belum ada perbincangan secara rasmi antara kedua-dua gabungan itu di Negeri Sembilan.

Iklan

Ujarnya, kerjasama itu hampir pasti kerana ia selari dengan Kerajaan Perpaduan hari ini.

"Setakat yang saya tahu belum ada perbincangan rasmi. Tapi selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk, keadaan di Negeri Sembilan sekarang tiada lagi DUN pembangkang.

Iklan

"Ini kerana dari 36 kerusi DUN, 20 kerusi milik PH dan 16 kerusi milik BN," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH belum mengadakan perbincangan rasmi dengan BN berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu pada PRN di enam negeri akan datang.

Namun begitu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tiada halangan untuk pimpinan parti itu di peringkat negeri bagi mengadakan perbincangan dengan BN berhubung perkara tersebut.

Setakat ini, negeri yang memaklumkan sudah mula mengadakan rundingan soal pembahagian kerusi ialah Selangor dan Terengganu.