Banjir: Tengku Hassanal minta kerajaan bertindak segera

Iklan
Tengku Hassanal Ibrahim

KUANTAN - Kerajaan Pahang dan Persekutuan diminta bertindak segera untuk menangani mangsa banjir di negeri ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memuat naik hantaran di Instagram selepas mendapat maklumat keadaan banjir di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Saya mendapat maklumat keadaan banjir di Pahang agak teruk.

Dalam pada itu baginda turut mendoakan semoga penduduk kampungnya selamat dan berjaya dalam menempuh bencana banjir yang melanda.

Iklan
Difahamkan, Tengku Hassanal baru selesai menjalani pembedahan di Singapura.

Difahamkan, baginda baru selesai menjalani pembedahan di Singapura.

Hujan lebat pada Isnin merekodkan 5,021 penduduk daripada 1,480 keluarga di daerah ini dan Pekan dipindahkan.

Iklan

Kesemua mangsa banjir kini berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan seluruh rakyat di Pahang mendoakan semoga Tengku Hassanal dikurniakan ALLAH kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala selepas menjalani pembedahan di Singapura.

"Patik dan sekalian pacal-pacal anggota Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan sentiasa memastikan negeri dan rakyat jelata dalam keadaan sejahtera dan terpelihara," tulisnya ringkas dalam satu hantaran di laman sosial Facebook pada Selasa.