Budak perempuan terjatuh dalam telaga

Iklan
Anggota penyelamat menggali telaga bagi mengeluarkan kanak-kanak perempuan terperangkap di Thailand. - Agensi

BANGKOK - Seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dalam telaga sedalam 13 meter di kawasan pedalaman Thailand, kata pihak berkuasa pada Selasa ketika anggota penyelamat sedang menggali sepanjang malam untuk menyelamatkannya.

Kanak-kanak berusia 19 bulan terjatuh dalam telaga selebar 30 sentimeter ketika sedang bermain di kawasan berhampiran rumah di wilayah Tak, berhampiran sempadan Myanmar pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketika ini, anggota penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam menggunakan alat penggali mekanikal bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang merupakan anak kepada pekerja asing Myanmar.

"Kami hampir menemuinya dan dia masih hidup," kata Ketua Polis, Phop Phra Ratsaran Ktsoising kepada AFP.

Iklan
Iklan

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan penyelamat memakai topi keselamatan sedang menggali ke bawah telaga tanah merah manakala ambulans sedang menunggu di kawasan berhampiran. - AFP