Tular langgar peraturan, ADUN Bilut akan tampil ke balai polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen memaklumkan akan menjelaskan saman yang diterimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata sedemikian susulan gambar sebuah kenderaan yang dipercayai miliknya menyalahi peraturan seperti yang tular dalam Facebook Kami Penduduk Bentong (Official) pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong telah datang di pejabat beliau pada Selasa untuk mengambil kenyataan berkaitan dengan gambar kenderaan peribadi miliknya yang tular di media sosial.

"Satu surat saman telah dikeluarkan ke atas kesalahan trafik tersebut dan saya akan menjelaskan saman ini seperti mana rakyat Malaysia yang lain dalam jangka masa terdekat.

Iklan

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri memberitahu telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis bagi kes tersebut.

Sebelum ini, Polis Bentong menegaskan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan tanpa mengira status pihak terbabit.

Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata sedemikian susulan penularan gambar sebuah kenderaan dipercayai milik seorang wakil rakyat di negeri ini yang menyalahi peraturan pada Isnin.