Wujudkan persekitaran bebas rasuah

Iklan
Sivakumar - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia perlu meneruskan dan mempertingkatkan usaha serta pelaksanaan aktiviti antirasuah bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam dan swasta.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, usaha memerangi rasuah sudah pastinya menjadi keutamaan kerajaan.

Iklan
Iklan

"Ini kerana, jika kita mahu berjaya sebagai sebuah negara yang bebas rasuah, tindakan dan penguatkuasaan undang-undang sahaja belum cukup," katanya.

Menurutnya, bekerjasama untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai jenayah rasuah dari peringkat awal adalah amat penting.

Iklan

"Kerjasama semua pihak adalah penentu kejayaan dan keberkesanan pelan anti rasuah nasional dan organisasi dalam memastikan tadbir urus HRD Corp yang lebih jitu," katanya menerusi ucapan pelancaran Inisiatif Pencegahan Rasuah Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun 2022 menaik dari tangga 62 ke 61 daripada 180 buah negara, namun indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia menurun satu mata kepada 47 berbanding 48 pada tahun lalu.

Iklan

"Indeks CPI ini biasanya digunakan oleh para pelabur antarabangsa untuk memutuskan sama ada boleh membuat pelaburan atau sebaliknya di negara berkenaan.

"Semakin tinggi kedudukan sesebuah negara dalam senarai penarafan ini, semakin cekap prestasi perkhidmatan awam di negara tersebut," katanya.

Sivakumar berkata, Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melambangkan usaha HRD Corp dalam memerangi rasuah.

"OACP PSMB 2021-2025 ini dibangunkan dengan mengambil kira situasi kini dan masa hadapan organisasi dengan visi untuk melahirkan Warga HRD Corp yang berintegriti dan bebas rasuah," katanya.

Ujar beliau, kerangka itu menggariskan empat objektif strategik yang memberi fokus kepada tadbir urus, pentadbiran, perolehan dan penguatkuasaan.

"Sebanyak 27 inisiatif strategik telah dikenal pasti di bawah pelan ini bagi membendung sebarang salah laku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan seterusnya memperkasakan tadbir urus terbaik serta berintegriti di HRD Corp," katanya.