Lebih 30 pangkalan haram dikesan aktif aktiviti penyeludupan

Iklan
KPDN Kelantan mendedahkan lebih 30 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di Tumpat dan Rantau Panjang dikenal pasti aktif dengan aktiviti penyeludupan barangan kawalan negara ke Thailand.

TUMPAT - Lebih 30 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini dan Rantau Panjang dikenal pasti aktif dengan aktiviti penyeludupan barangan kawalan negara ke Thailand.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, susulan itu pihaknya akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam membendung aktiviti tersebut.

Iklan
Iklan

"Sepanjang Januari lalu kita telah merampas pelbagai barangan kawalan bernilai RM144,077.50 yang mahu diseludup ke negara jiran.

Menurut beliau, melalui kerjasama bersepadu antara agensi, KPDN Kelantan berjaya merekodkan 13 tindakan kes berkait dengan Akta Kawalan Bekalan 1961 sehingga 6 Februari lalu.

Iklan

Ujarnya, rampasan itu melibatkan barang kawalan antaranya gula, minyak masak, tepung gandum, petrol dan diesel serta kenderaan bernilai RM28,180.

Azman memberitahu, pada masa sama pihaknya akan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan pemantauan rondaan pencegahan penyelewengan subsidi di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 kilometer (km) dari sempadan negara.

Iklan

Ujarnya, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.