Anggota SMART berlepas ke Turkiye

Iklan
Seramai 70 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dihantar ke Selatan Turkiye malam ini bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di sana.

Proses penghantaran pasukan itu dibuat setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye.

Pasukan terbabit dibawa menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR. - Foto Bernama.