'Penerokaan REE, jangan buat tuduhan melulu' - Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi dan laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Muhammad Sanusi

PENDANG - Kerajaan negeri berharap orang ramai termasuk pihak tertentu tidak membuat tuduhan melulu berkaitan dakwaan penerokaan unsur nadir bumi (REE) yang berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana bahan mentah terbabit belum disahkan sebagai REE dan masih dalam proses siasatan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, satu kajian perlu dijalankan oleh pakar untuk menentusahkan bahawa bahan terbabit adalah REE.

"Tiada sesiapa pun kata itu REE, macam mana depa tahu itu REE, bukan proses lagi, masih 'raw material', katanya ketika ditemui pada Majlis penyerahan surat hak milik, lesen menduduki sementara, hak milik sambungan dan cukai tanah di Dewan Cenderawasih di sini pada Selasa.

Iklan

Muhammad Sanusi berkata, kawasan terbabit sebelum ini sudah diberikan permit penggunaan tapak kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk dijadikan tapak kajian bahan mentah (batuan) di situ.

"Belum ada lagi kajian itu di Malaysia jadi kita sudah ada tapak, kita jadikan ia pusat kajian untuk kaji sejauh mana kesan proses penguraian (bahan batuan)," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai tangkapan 52 individu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi MBI berkata, bukti mengenai penerokaan REE belum diperoleh setakat ini dan masih dalam siasatan terperinci jabatan berkaitan.

Ketika ditanya adakah tangkapan itu membabitkan warga tempatan atau luar negara, beliau menjelaskan tidak mempunyai maklumat tentang perkara berkenaan.

Pada Selasa, media melaporkan seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan REE secara haram di hutan simpan berkenaan.

Dalam operasi itu, JPNK turut menyita peralatan dan mesin yang digunakan untuk aktiviti terbabit.