Sambut baik KJ berhijrah ke PN

Iklan
Muhammad Sanusi

PENDANG - Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyambut baik khabar angin penghijrahan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO.

Katanya, ura-ura berkenaan diharap menjadi kenyataan kerana PN sentiasa mengalu-alukan pemimpin berkualiti dan hebat daripada UMNO.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, penyertaan figura politik itu juga akan memberikan kesan positif dan kekuatan kepada PN terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada tahun ini.

"Saya harap ia menjadi kenyataan, orang baik mai (datang), orang tidak bagus pergi berhimpun belah sana (PH)," katanya ketika ditemui di Majlis penyerahan surat hak milik, lesen menduduki sementara, hak milik sambungan dan cukai tanah di Dewan Cenderawasih di sini pada Selasa.

Iklan

"Yang dibuang dari UMNO orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat, KJ (Khairy) siapa kata tak hebat, siapa kata (Tan Sri) Annuar Musa, (Tan Sri) Noh Omar, (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) tidak hebat, semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia," katanya.

Pada Isnin, Khairy dilaporkan menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor.

Iklan

Menurutnya, beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu selain tidak bercadang untuk menubuhkan parti baharu di negara ini.