Sumbangan 1,000 unit komputer manfaatkan 50,000 pelajar

Iklan
Para pelajar sedang mencuba komputer yang disumbangkan oleh PNB.

SHAH ALAM - Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyumbangkan sebanyak 1,000 unit komputer terpakai kepada beberapa buah sekolah di negeri Selangor dan Kelantan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran anak-anak selain menyemai budaya celik digital.

Menurut PNB, sumbangan itu akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 pelajar di kedua-dua buah negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia sejajar dengan komitmen kelestarian PNB iaitu mengimbangi keuntungan dan pelaburan sosial terutamanya komitmen syarikat untuk menaja pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan serta inisiatif perkongsian pengetahuan.

"Di Selangor, PNB telah menyerahkan komputer kepada 30 sekolah terpilih yang terdiri daripada 23 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang,

Iklan

Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, dan Sabak Bernam.

"Manakala di Kelantan melibatkan 33 buah sekolah yang terdiri dari enam sekolah rendah dan 27 sekolah menengah di kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, dan Pasir Puteh," menurut PBN dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Hassany Hashim, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PNB atas sumbangan komputer terpakai berjumlah 400 unit kepada 33 buah sekolah di bawah pentadbirannya.

Mohd Hassany berkata, semua komputer yang disumbangkan berfungsi dengan baik selepas diuji.

"Komputer tersebut pastinya dapat menampung keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta membantu memudahkan murid-murid melaksanakan kerja kursus terutama bagi mata pelajaran di bawah bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

"Ia juga memudahkan murid-murid melaksanakan aktiviti projek berkaitan inovasi dan robotik sekolah," ujarnya.