Komando dikhuatiri lemas ketika kursus juruselam

Iklan
Pasukan bomba mengaktifkan pusat operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Merlimau pada Selasa.

JASIN - Seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas ketika menjalani kursus juruselam di kawasan perairan Pulau Undan, Merlimau di sini, pada petang Selasa.

Mangsa Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus tersebut.

Iklan
Iklan

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan ll (KUP), Syakirin Ismail berkata, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Melaka Tengah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati seorang mangsa lelaki telah lemas.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun setakat jam 8.25 malam operasi mencari mangsa masih dijalankan," katanya.