Gempa bumi: Turkiye isytihar darurat tiga bulan

Iklan
Orang ramai memeriksa bangunan yang rosak selepas dilanda gempa bumi di Malatya, Turkiye. - Foto Xinhua

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar, lapor Xinhua.

Keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat, katanya pada sidang media.

Iklan
Iklan

Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye pada Isnin telah meningkat kepada 3,549, kata Erdogan.

Sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan kini menjalankan usaha SAR di zon berkenaan, menurut presiden.

Iklan

Mangsa korban dilaporkan dari wilayah selatan Kahramanmaras, Adana, Adıyaman, Osmaniye, Hatay, Kilis dan Malatya dan tenggara Sanliurfa, Diyarbakir, dan Gaziantep, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Erdogan pada Isnin turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan kejadian gempa bumi dahsyat itu. - Bernama

Iklan