Lebih 97 peratus rakyat Malaysia berkunjung ke Thailand untuk makan

Iklan
Chattan Kunjara (tengah) ketika bercakap pada sidang media 'Terima Kasih Untuk Empat Juta-Mari Raikan Festival Songkran' di salah sebuah hotel di sini, semalam. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR - Lebih 97 peratus rakyat Malaysia bercuti ke Thailand untuk makan, kata Timbalan Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan laporan kajian yang dibuat oleh pelbagai agensi negara itu sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai sebagai negara yang berjiran, rakyat Thailand banyak berkongsi persamaan dengan masyarakat Malaysia.

"Kepelbagaian makanan memenuhi pilihan citarasa berbeza yang turut digemari masyarakat Malaysia," katanya pada sidang media majlis makan malam 'Terima Kasih Empat Juta Pelancong Malaysia - Mari Raikan Festival Songkran' di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Iklan

Turut hadir, Pengarah Pelancongan Pihak Berkuasa Thailand, Malaysia dan Brunei, Ahman Mad-adam dan Pengarah Eksekutif Asean Bahagian Wilayah Asia Selatan dan Asia Pasifik, Klissada Ratanapruk.

Katanya lagi, daripada makanan yang mempunyai sijil halal, makanan jalanan hingga restoran mewah ia menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk dinikmati.

Iklan

Sementara itu, bagi rakyat Malaysia yang kerap mengunjungi Thailand, kini terdapat beberapa bandar baharu yang giat dibangunkan untuk menerima kunjungan pelancong.

"Antara bandar baharu pelancongan adalah Mae Hong Son, Satun, Yala (Betong) dan Chiang Rai yang mana turut terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur," katanya.