Mencari 'Jude Bellingham' Malaysia

Iklan
Liga Super

AKSI Liga Super yang membuka tirai pada 24 Februari ini akan mengguna peraturan baharu yang membenarkan pendaftaran sehingga sembilan pemain import dalam setiap pasukan.

Sebelum ini, kuota 3 1 1 yang diguna pakai membabitkan pemain import iaitu tiga pemain asing dari mana-mana benua, satu pemain asing untuk slot Asia dan satu lagi pemain dari mana-mana negara Asia Tenggara.

Iklan
Iklan

Kuota pemain import berkenaan antara pembaharuan yang diperkenalkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meningkatkan tahap kompetitif Liga Super selain mampu menaikkan nilai komersial Liga Malaysia.

Begitu pun, kuota pemain import baharu sehingga sembilan pemain itu melahirkan kebimbangan banyak pihak yang khuatir langkah itu akan membantutkan perkembangan bakat pemain muda.

Iklan

Dengan sembilan pemain import dibenarkan dalam pendaftaran 32 pemain, enam daripada mereka boleh didaftar untuk setiap perlawanan yang mana lima di atas padang dan satu di bangku simpanan.

Dengan hampir separuh pemain di atas padang merupakan pemain import, ia sudah pasti menyukarkan pemain muda tempatan meloloskan diri dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan.Ini kerana pemain muda itu bukan sahaja perlu bersaing dengan pemain import yang pastinya menjadi keutamaan jurulatih, mereka juga perlu bersaing dengan pemain senior tempatan yang lebih berpengalaman. Masa permainan mencukupi amat penting dalam mengasah bakat pemain bola sepak.

Iklan

Lihat sahaja pemain muda England, Jude Bellingham apabila kini menjadi antara pemain terbaik dunia sejak berhijrah daripada Birmingham City ke Borussia Dortmund pada Julai 2022.

Biarpun ketika itu beberapa kelab terkemuka di England termasuk Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Bellingham, dia memilih Dortmund sebagai destinasi pilihannya kerana yakin akan dapat lebih banyak masa permainan di kelab Jerman itu berbanding jika berhijrah di kelab terkemuka di England.

Hasilnya, Bellingham menjadi antara tonggak penting pasukan England dan membantu negara berkenaan ke suku akhir Piala DuniA FIFA 2022 di Qatar baru-baru ini.

Tidak mustahil Malaysia juga boleh melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Bellingham sekiranya bakat-bakat muda di negara ini diberi peluang beraksi sebanyak mungkin dalam perlawanan kompetitif.