JUARA Piala Dunia 2022, Argentina secara rasmi mengesahkan bidaan bersama bersama Uruguay, Paraguay dan Chile untuk menjadi tuan rumah edisi 2030 kejohanan itu.
Bercakap selepas mengesahkan bidaan empat penjuru itu, presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia meletakkan harapannya untuk membawa semula kejohanan itu ke benua tempat ia mula-mula diadakan.
Iklan
Iklan
"Kami mempunyai kemungkinan menjadi tuan rumah Piala Dunia ini. Ia mempunyai sejarah, inti pati, semangat kami rakyat Amerika Selatan dalam bola sepak.
"Kami tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar dan kami mesti menunjukkan kepada dunia bahawa Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030," katanya.
Masih ada ruang untuk bidaan itu disokong oleh negara kelima, dengan presiden Argentina,Alberto Fernandez berharap untuk melihat Bolivia turut menjadi tuan rumah perlawanan.
"Pencalonan ini adalah dari seluruh benua. Atas sebab ini, saya ingin mencadangkan agar negara saudara kita Bolivia menjadi sebahagian daripada impian ini," katanya.
Artikel Berkaitan