'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak'

Iklan
Kanak-kanak itu merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan merelakan diri untuk dijadikan hamba. - Foto Twitter/@AlmosaZuher

SITUASI semasa Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan, dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu merumitkan usaha pencarian dan penyelamatan mangsa gempa bumi yang melanda dua negara, Syria dan Turkiye.

Bagi masyarakat di Syria, mereka mungkin sudah bersedia dengan pelbagai risiko serangan atau pengeboman yang membadai bumi Anbiya itu.

Iklan
Iklan

Namun ketika usaha pencarian dan penyelamatan runtuhan bangunan susulan gempa di Syria iaitu menfokuskan kepada Idlib dan Aleppo, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.

Melalui perkongsian di laman Twitter oleh seorang wartawan Zuhair Alamosa, dia menceritakan detik-detik penyelamatan di bawah runtuhan.

Iklan

Apa yang meruntun hati adalah seorang kanak-kanak itu merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan merelakan diri untuk dijadikan hamba.

Ungkapan kanak-kanak itu memberi tamparan kepada dunia bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan dan bukannya kesan gempa bumi.

Iklan

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang berbaju biru itu cuba menenangkan adik perempuannya yang turut dalam kesempitan di celah runtuhan bangunan.

Kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan penat dan tidak bertenanga susulan terperangkap dipercayai tanpa makanan dan minuman sejak gempa menggegarkan pada Isnin.

Kedua-dua mereka dilaporkan terperangkap berikutan bumbung rumah mereka runtuh. - Awani