PUTRAJAYA - Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada 24 Februari ini akan melalui tindakan dan cadangan secara radikal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat susulan banyak perkara dilihat ketinggalan dari segi pelaksanaan dasar membabitkan ekonomi.
Selain itu menurutnya, Kementerian Kewangan mengambil tindakan untuk memastikan keluaran sumber asli melalui proses hiliran.
Beliau berkata, pasukannya di Kementerian Kewangan akan mendepani masalah dengan berani.
Iklan
"Saya beritahu pada pasukan, terangkan keadaan dan jangan selindung atau beri kenyataan yang samar.
"Kalau ada masalah hutang sekian, beritahu sekian, masalah kita harus hadapi bersama dan keperitan ini jelaskan," katanya.
Iklan