Bersatu Selangor terbuka terima KJ - Zulkafperi

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor bersikap terbuka sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia untuk menyertai dan membantu parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Timbalan Pengerusi Bersatu Negeri Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, tiada sebarang halangan dan terpulang kepada Khairy untuk membuat pertimbangan sewajarnya.

Iklan
Iklan
Zulkafperi

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

"Buat masa ini tiada perbincangan dan kita berlapang dada dan sedia sekiranya Khairy menyertai Bersatu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Jelas beliau, Bersatu sentiasa mengamalkan konsep terbuka kepada mana-mana bekas pemimpin dan ahli UMNO atau Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama menyertai parti itu.

Ujar beliau, penyertaan ahli dari dua parti itu diharap dapat memperkuatkan lagi Bersatu bagi memperjuangkan agenda penyatuan kaum Melayu di negara ini.

Iklan

Jelas beliau, rakyat Selangor sudah matang dalam soal pemilihan dan yakin akan memberikan sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan di negeri ini.

"Kita yakin sekiranya orang Melayu bersatu padu dan memberi undi kepada PN, maka kerajaan negeri Selangor pasti dapat ditumbangkan," katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Pas Selangor mengesahkan tidak membuat sebarang tawaran kepada Khairy untuk menjadi calon dan ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya memenangi PRN tahun ini.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tiada sebarang perbincangan dan tawaran kepada Khairy menyertai Pas dilakukan setakat ini.

Khairy pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor dan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.