Tidak boleh lagi bertahan dengan defisit tinggi - PM

Iklan
Anwar (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Rabu. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Negara tidak lagi boleh bertahan dengan defisit yang tinggi kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beberapa strategi diambil dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Angka awal Bajet 2024 telah dibentangkan kepada jemaah menteri dalam mesyuarat hari ini," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Menurutnya, pengurangan peruntukan dalam Bajet 2023 tidak akan membebankan pembangunan negara.

Iklan

"Saya telah mendapat beberapa cadangan balas yang dikemukakan oleh ahli jemaah menteri," katanya.

Dewan Rakyat dijadual bersidang selama 29 hari bermula 13 Februari depan manakala Bajet 2023 pula akan dibentangkan semula pada 24 Februari.

Iklan