Harga bijih besi dijangka naik

Iklan
Tukang besi melakukan kerja-kerja kimpalan geseran besi bagi menghasilkan produk yang ditempah mengikut rekaan pelanggan di bengkel besi di Ampangan hari ini.

Indeks harga seunit bagi beberapa bahan seperti simen, besi dan bahan bumbung untuk semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terus menunjukkan peningkatan pada Januari 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata indeks harga seunit besi mencatatkan peningkatan 1.0 peratus berbanding Disember 2022, seiring dengan peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global. - Foto Bernama.