Pencari siput di Kuala Perlis

Iklan
Air surut setiap awal bulan Februari, membuka rezeki bagi penduduk Pulau Ketam mencari kerang dan siput Kemudi (siput Paha Ayam) untuk dijual dan menjadi hidangan bersama keluarga.

Tinjuan Bernama mendapati ramai penduduk Pulau Ketam dan sekitar Perlis turun ke pantai sejak 7 pagi bagi mengutip siput ketika air surut dengan meredah lumpur pada paras lutut.

Mereka perlu berjalan sejauh lebih kurang dua kilometer merentasi hutan bakau dan benteng pasir untuk sampai ke lokasi.

Selain siput, ada juga antara mereka mendapat beberapa ekor ikan, belukang dan ketam. - Foto Bernama.