UNESCO bimbang kerosakan tapak warisan di Syria, Turkiye

Iklan
Seorang lelaki memeriksa bangunan yang runtuh selepas gempa bumi kuat di Diyarbakir, Turkiye. - Foto EPA

PARIS - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai kerosakan di tapak warisan di Syria dan Turkiye sambil berjanji untuk membantu kedua-dua negara yang dilanda gempa bumi itu, lapor Xinhua.

Susulan tinjauan awal ke atas tapak warisan yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan, UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai 'Warisan Dunia dalam Bahaya'.

Iklan
Iklan

Sementara itu di Türkiye, beberapa bangunan di bandar Diyarbakir runtuh. Bandar ini adalah lokasi tapak Warisan Dunia 'Kubu Diyarbakir dan Landskap Budaya Hevsel Gardens', sebuah pusat penting semasa zaman Rom, Sassanid, Byzantine, Islam dan Uthmaniyyah.

Pakar UNESCO, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan kini berusaha mewujudkan inventori tepat mengenai kerosakan di tapak dalam Senarai Warisan Dunia.

Iklan

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang meninggal dunia. Doa saya juga untuk mereka yang cedera dan semua yang terjejas. Organisasi kami akan memberikan bantuan berdasarkan mandatnya," kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Gempa bumi kuat melanda wilayah Kahramanmaras, selatan Türkiye pada Isnin pagi waktu tempatan (0117 GMT) Isnin, beberapa minit kemudian gempa kuat turut melanda Gaziantep yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.

Iklan

Gempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria. - Bernama