Peruntukan ATM perlu ditambah sesuai dengan situasi semasa

Iklan
Mindef

SHAH ALAM - Peruntukan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu ditambah 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Mantan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, peruntukan yang diberikan perlu sesuai dengan situasi keselamatan semasa yang telah berubah.

Iklan
Iklan

"Bajet ATM perlu dikaji semula supaya ianya lebih sesuai dengan landskap keselamatan semasa. Dalam konteks ini, seperti sedia maklum, ATM atau pertahanan negara telah begitu lama diabaikan.

"Saya berharap kerajaan kali ini mengambil peluang untuk mengubah keadaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan dengan tegas memastikan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) disiapkan.

"Selain itu kerajaan perlu menyediakan peruntukan sewajarnya supaya Projek LMS Batch ke-2 (LMSB2) dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan sebelum terlambat,” ujarnya

Iklan

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.