'Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan' - Aminuddin

Iklan
Khairy Jamaluddin, Aminuddin

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat sekiranya bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, peluangnya untuk menjadi menteri besar adalah lebih luas.

Menurutnya, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang merupakan wakil rakyat Kelantan boleh mencadangkan nama Khairy untuk bertanding di sana.

Iklan
Iklan

"Kalau Khairy bertanding Kelantan, saya rasa lagi baik, boleh jadi Menteri Besar Kelantan.

"Jadi Wan Ahmad Fayhsal cadangkanlah supaya Khairy bertanding di Kelantan supaya dia boleh jadi menteri besar.

Iklan

"Saya rasa peluang Khairy di sana lebih terbuka luas sebab yang cadangkan pun orang Kelantan," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang yakin Khairy boleh diangkat menjadi menteri besar jika menyertai Bersatu dan menang PRN.

Iklan

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang turut yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menguasai Negeri Sembilan atau Selangor jika Khairy bertanding mewakili parti itu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, Khairy berhak untuk bertanding di mana-mana sekali pun termasuklah di Negeri Sembilan.

"Saya dapat tahu Selangor ada membuat tawaran kepada Khairy untuk bertanding di negeri itu pada PRN akan datang dan dia pun kata seronok hendak bertanding di Selangor.

"Dia tak cakap pula nak bertanding di Negeri Sembilan, walaupun banyak yang cakap dia akan bertanding di Negeri Sembilan.

"Dia sendiri tak beri respon, terpulanglah kepada dia. Ini negeri demokrasi, kita raikan, semua akan cakap dia boleh menang (PRN), itu politik yang saya selalu cakap, kalau tanya saya pun, saya kata boleh menang," katanya.