Gempa bumi: NGO ingin salur bantuan perlu daftar dengan Nadma

Iklan
NGO yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria perlu mendaftar dengan Nadma. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria perlu mendaftar dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihak yang ingin menyertai misi kemanusiaan ke Turkiye perlu memberikan maklumat butiran delegasi serta senarai bantuan dan peralatan yang ingin dibawa menerusi emel spks@nadma.gov.my.

Iklan
Iklan

"Kementerian Luar Negeri telah mengadakan perbincangan dengan 28 NGO Malaysia yang menyatakan hasrat unutk menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

"Perbincangan ini bagi memberi penerangan berhubung situasi semasa di lapangan terkesan serta menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan secara teratur dan selamat," kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra dan Nadma mengalu-alukan penglibatan NGO untuk terlibat dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria.

"Tabung bencana Turkiye dan Syria di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menerima sumbangan orang awam kepada mangsa-mangsa bencana ini," kata kenyataan itu.

Iklan