28 petinju uji kehebatan di Stadium Titiwangsa

Iklan
Dari kiri: Rosli; Sham Naga Emas; Mat Ropi; Penasihat Media Kelab Muay Thai Kuda Merah, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ban Mero dan Setiausaha Kelab Muay Thai Kuda Merah, Muhammad Firdaus Yaacop bergambar ketika mengunjungi Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO: Rosli Talib/ SINAR HARIAN

KEJOHANAN Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini menyaksikan seramai 28 petinju termasuk tiga dari Thailand bakal berentap di Stadium Titiwangsa bagi merebut kejuaraan.

Iklan
Iklan

Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah, Rosli Yaacob berkata, kejohanan kali ke-70 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Menurutnya, perlawanan itu akan melibatkan pertembungan antara petinju dari Malaysia dan Thailand bagi merebut 10 tali pinggang kejuaraan, antaranya Tali Pinggang Sinar Harian, Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Iklan

"Seramai 14 petinju akan beraksi pada hari pertama melibatkan tujuh perlawanan, diikuti 14 pasangan regu lain pada hari berikutnya.

Sham Naga Emas Kuda Merah

Iklan

"Antara petinju lain yang akan memanaskan suasana stadium ialah Kumaran, Akid, Sunichai, Sham Anak Kapak Naga Emas, Mat Yie Kayu Kelat, Amzar Raja Lebah, Apizat Black Owl dan dua peninju kanak-kanak, Farish Hakimi serta Aryan Hakim masing-masing berumur tujuh tahun,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Ujar Rosli, kejohanan itu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

"Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menaja atau bekerjasama dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini boleh menghubunginya di talian 016-8980424,” jelasnya.

Beliau memberitahu, antara yang menarik perhatian, pertembungan melibatkan petinju yang sudah bersaing sebanyak lebih 500 kali, Mohd Rafi Manaf atau nama gelanggangnya, Mat Ropi daripada Kuda Merah PDRM dengan peninju Thailand, Khun Sek bagi merebut Tali Pinggang Sinar Harian.

Mat Ropi Kuda Merah

"Mat Ropi merupakan petinju terkenal di Kelantan yang sudah bertarung sejak berusia tujuh tahun.

"Beliau ialah petinju nombor satu dalam Kuda Merah PDRM,” kata Rosli.

Selain itu, peminat tegar sukan tersebut pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kembali aksi pertarungan petinju Kelab Muay Thai PDRM Kuda Merah, Amirul Ariffin atau Ban Mero (nama gelanggang) menentang juara dari Thailand, Chon Ra San.

Ban Mero Kuda Merah

Bagi Ban Mero, dia mengambil keputusan untuk menyertai kejohanan kali ini kerana rindu untuk kembali beraksi di gelanggang.

"Setelah berehat selama empat tahun, saya berhasrat untuk kembali ke gelanggang.

"Insya-ALLAH saya sudah 80 peratus bersedia bagi menghadapi perlawanan nanti. Kita sudah pun mula berlatih dalam tempoh sebulan ini dan saya peruntukan empat jam sehari untuk menjalani latihan,” ujarnya.