Kelulusan laporan EIA projek tambak laut dimuktamad Mac
Iklan
Kon Yeow (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kewangan Kerajaan Pulau Pinang kepada Sekolah dan Tadika Tamil serta Sekolah Punjabi di Komtar pada Khamis.
GEORGETOWN - Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) sudah memasuki peringkat akhir untuk mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, laporan tersebut akan dibawa ke mesyuarat teknikal pada bulan depan untuk dimuktamadkan keputusan sama ada projek mega tersebut boleh dimulakan atau sebaliknya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika ini, JAS sedang meneliti laporan tersebut termasuk semua ulasan teknikal sebelum membuat keputusan akhir.
"Oleh itu, kita tunggu mesyuarat teknikal yang akan diadakan pada Mac depan untuk dimuktamadkan. Sebelum ini, kita sudah melalui banyak proses yang mana, kita perlu meminda, menambah apa yang kurang sebelum menyerah semula untuk diteliti JAS.
Iklan
"Sudah tiga kali kita buat (proses ini) dan terkini adalah baru-baru ini. Jadi, kita tunggu saja bulan depan untuk JAS meneliti semula laporan EIA bagi Projek PSI sebelum membuat keputusan.
"JAS akan meneliti semua ulasan teknikal, melihat pematuhan dari setiap agensi kerana jawatankuasa teknikal terdiri daripada agensi-agensi teknikal antaranya Jabatan Perikanan," katanya selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kewangan Kerajaan Pulau Pinang kepada Sekolah dan Tadika Tamil serta Sekolah Punjabi di Komtar pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini, Projek PSI dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini selepas Laporan EIA diluluskan oleh JAS, yang dijangka diluluskan pada Januari lalu.
Selepas ia diluluskan, kerajaan negeri perlu menyediakan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) untuk dihantar kepada JAS Pulau Pinang sebagai lesen untuk memulakan kerja.
Dalam pada itu, Kon Yeow tetap dengan pendiriannya bahawa Projek PSI tidak akan dimulakan selagi laporan EIA bagi projek tersebut tidak diluluskan oleh JAS.
"Sekiranya kelulusan yang diberikan itu bersyarat, itu adalah perkara biasa kerana kita perlu menunaikan syarat sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek," katanya.
Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.
Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Consortium dilantik sebagai PDP untuk PTMP pada 14 Ogos 2015.
Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, sehingga kini, tiada perbincangan rasmi antara PH dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada Jun ini.
"Perbincangan di kedai kopi tu adalah, secara rasmi tiada," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam