Penyelia syarikat keselamatan berdepan hukuman mati

Iklan
Mohd Amali (dua,kiri) ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

MELAKA - Penyelia di sebuah syarikat keselamatan berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1.4 kilogram awal Februari ini.

Mohd Amali Masturo,36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dikatakan mengedar dadah jenis heroin yang mengandungi berat kasar 1,424.45 gram.

Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan TU 60, Taman Tasik Utama berhadapan Pangsapuri Sri Utama, Ayer Keroh di sini, pada jam 9 malam, 2 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.