KWSP perkenal Jom Tambah

Iklan
Sazaliza (tengah) ketika diwawancara oleh wartawan Sinar Harian di ibu pejabat KWSP, baru-baru ini.

SUNGAI BULOH - Bagi menggalakkan orang ramai khususnya ahli menambah kadar caruman mereka, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memulakan kempen digelar Jom Tambah yang diperkenalkan pada Januari lalu.

Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin berkata, pengenalan kempen Jom Tambah itu bagi membantu ahli apabila mereka bersara kelak.

Iklan
Iklan

Jelasnya, mengikut statistik pada September 2022, 34 peratus mereka yang berumur 54 tahun hanya mempunyai caruman RM10,000, manakala sekitar 56 peratus pula di bawah RM50,000.

"Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu sekarang khususnya (kepada) golongan muda, kita bakal menghadapi isu di masa hadapan.

Iklan

"Kemudian, apabila mereka mencapai umur persaraan, mereka terpaksa melalui proses ini (tidak cukup wang). Disebabkan itu, kita perkenalkan kempen Jom Tambah untuk menggalakkan semua ahli untuk mencarum dengan KWSP," katanya kepada Sinar Harian di ibu pejabat KWSP, baru-baru ini.

Sazaliza memberitahu, buat masa ini, had caruman untuk ahli menambah caruman secara sukarela adalah RM60,000 setahun.

Iklan

"Sesiapa boleh menyumbang serendah RM10. Kita cuma ada had maksimum RM60,000 setahun untuk mereka mencarum sendiri," katanya sambil menambah ia kini mendapat sambutan menggalakkan.

Jelasnya, ahli yang mahu mencarum melalui Jom Tambah boleh menggunakan aplikasi i-Akaun dan membayar menggunakan perbankan atas talian.

"Kita juga menggalakkan ahli kita untuk membuat potongan contohnya RM50 atau RM100 sebulan secara konsisten untuk dicarumkan kepada KWSP," katanya.

Selain daripada Jom Tambah, Sazaliza berkata, bagi mereka yang bekerja di sektor swasta juga boleh menambah kadar peratusan simpanan KWSP bahagian pekerja daripada 11 kepada contohnya 13 peratus.

"11 peratus itu minimum. Kita boleh maklumkan kepada majikan dan menyatakan mahu menambah dua peratus lagi menjadikan 13 peratus,'' katanya.

Sazaliza dalam masa sama turut memberitahu, KWSP kini giat melakukan program outreach bagi memperluaskan liputan perlindungan KWSP, seterusnya membantu menjamin masa depan persaraan rakyat Malaysia, khususnya yang bekerja dalam sektor tidak formal, ekonomi gig dan tiada pendapatan tetap.

"KWSP juga telah menjalin usahasama bersama Grab dan GoGet (sebuah platform kerja atas permintaan) bagi menggalakkan pekerja-pekerja ini untuk menyumbang kepada simpanan persaraan mereka melalui program caruman sukarela KWSP seperti i-Saraan dan caruman sendiri.

"Sehingga kini, lebih 6,000 pekerja gig daripada kedua-dua platform ini telah mencarum dalam KWSP, manakala jumlah kumulatif pekerja gig berdaftar adalah lebih 60,000,” ujarnya.