Taktik sorok bubu naga dalam tong ais terbongkar

Iklan
Sorok bubu naga di bawah timbunan tong ais antara taktik digunakan pengusaha bubu naga bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

KLANG - Sorok bubu naga dalam timbunan tong ais terpakai, itu antara taktik digunakan pengusaha bubu naga yang dikesan menerusi operasi khas di kawasan jeti sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam pada Khamis.

Kebanyakan jeti yang menjalankan operasi bubu naga itu juga didapati dilengkapi dengan pagar ditutupi zink bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Selain itu, pengusaha turut dikesan menyembunyikan bubu naga yang dimiliki dalam kawasan rumah.

Anggota Jabatan Perikanan Selangor sedang memunggah bubu naga yang disorokkan dalam timbunan tong ais menerusi operasi khas yang dijalankan di sekitar Kuala Selangor dan Tanjung Karang pada Khamis.

Operasi yang disertai 10 anggota Jabatan Perikanan Selangor menyasarkan beberapa kawasan antaranya Bagan Tengkorak serta Sungai Besar.

Iklan

Seorang pengusaha bubu naga berumur lingkungan 40-an turut cuba melakukan provokasi ketika operasi dengan mempertikaikan tindakan yang dijalankan.

Bagaimanapun tindakan individu terbabit membawa padah apabila ratusan bubu naga dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit dirampas menerusi operasi yang dijalankan bermula kira-kira jam 10 pagi sehingga 2 petang.

Iklan

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi menyasarkan beberapa jeti nelayan yang menjadi lokasi penyimpanan bubu naga.

Pengusaha bubu naga turut dikesan menyorokkan bubu naga dalam kawasan rumah bagi mengelak dikesan Jabatan Perikanan Selangor.

"Pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 premis di sekitar kawasan jeti Bagan Tengkorak, Kuala Selangor dan Sungai Besar, Sabak Bernam.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 26 tong mengandungi 715 unit bubu naga dianggarkan bernilai RM42,900," katanya kepada Sinar Harian dalam operasi bubu naga di sekitar Kuala Selangor dan Tanjung Karang pada Khamis.

Noraisyah menjelaskan, bubu naga memberikan kesan negatif kepada ekosistem laut.

"Bubu naga ini digunakan menggunakan sampan lengkap berenjin yang dikendalikan oleh dua individu, dan ia akan dipasang pada kedudukan satu hingga empat batu nautika dari pantai.

"Penggunaan bubu naga ini didakwa lebih menjimatkan oleh segelintir pihak namun mereka harus ingat bahawa kesan negatifnya amat besar kerana memusnahkan benih, anak ikan serta sumber perikanan," katanya.

Antara bubu naga yang dirampas menerusi operasi khas yang dijalankan di sekitar Kuala Selangor dan Tanjung Karang pada Khamis.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penggunaan bubu naga dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Perikanan 1985.

"Kita ingatkan mana-mana pihak yang didapati menggunakan bubu naga ini boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya.