Mustahil untuk siap sedia hadapi gempa bumi kuat - Erdogan

Iklan
Erdogan berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyatnya. - Foto Reuters

ANKARA - Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah mustahil untuk bersiap sedia menghadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Isnin yang mengorbankan lebih 9,000 orang, namun berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

"Ada kekurangan... Mustahil untuk bersedia menghadapi bencana besar seperti itu.

Iklan
Iklan

Angka kematian akibat gempa bumi di selatan Türkiye kini meningkat kepada lebih 12,000 dengan 62,914 cedera.

"Ini adalah masa untuk perpaduan, penyatuan. Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh menerima kempen negatif untuk kepentingan politik semata-mata," kata Erdogan menjawab tuduhan bahawa kerajaannya gagal menangani bencana itu.

Iklan

Erdogan berkata, setakat ini 3,356 orang terbunuh di Hatay, lokasi yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi daripada 10 wilayah di negara itu yang dilanda gempa bumi.

Seramai 21,200 penyelamat termasuk anggota tentera dan polis bertugas di wilayah itu, katanya. - Bernama.

Iklan