Terengganu congak skuad utama

Iklan
Aksi pemanas badan TFC menentang Rajpracha FC di Thailand pada Rabu. - Foto Facebook TFC

SKUAD Terengganu FC (TFC) masih mencongak kesebelasan utama dalam siri jelajah pramusim di negara jiran, Thailand menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini.

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berkata, aksi pemanas badan menentang kelab Thailand dan Denmark menjadi medan buat para pemain menonjolkan prestasi terbaik mereka.

Iklan
Iklan

"Mungkin pada perlawanan itu saya bakal melihat bayangan skuad utama untuk TFC bersaing pada musim 2023,” katanya menerusi catatan di Facebook TFC pada Khamis.

Dalam aksi pertama pada Rabu, TFC mengikat Rajpracha FC 1-1 dengan Zuasyaraf Zulkifli menjaringkan gol buat skuad Sang Penyu.

Iklan

TFC juga akan menentang Bangkok FC selain menguji kekuatan kelab dari Denmark, Odense Boldklub FC pada 12 Februari dan Chonburi FC sehari kemudian.

Steinbrukner turut meluahkan kebimbangan barisan depan yang masih tumpul, namun percaya dengan kualiti pemain yang dimiliki mereka mampu membentuk keserasian yang mantap.

Iklan

Beliau juga mahu membentuk kekuatan mental dan fizikal yang baik dalam kalangan pemain selain ingin melihat barisan simpanan sentiasa bersedia untuk beraksi.

"Persiapan pasukan berjalan seperti yang dirancang. Beberapa perlawanan sebelum ini kita sukar dibolosi dan ia sangat baik dalam proses pramusim ini.

"Namun kita juga agak sukar untuk menghasilkan gol, kekurangan ini perlu diperbaiki dan saya sangat percaya dengan kualiti pemain yang ada.

"Saya ingin pemain terus diterapkan dengan mentaliti yang kuat dan mempunyai persediaan kecergasan yang baik. Saya juga mementingkan keseluruhan pemain sentiasa bersedia untuk beraksi,” katanya.