Abdul Latiff, Ziyad ceriakan kem negara di Tunisia

Iklan
Muhammad Ziyad menang emas dalam acara lempar peluru lelaki di GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.

KONTINJEN negara melabuh cabaran Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia dengan meraih tiga emas dan satu perak.

Dua pingat emas terakhir negara dijelmakan atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latiff Romly dan atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di Stadium Olahraga Rades.

Iklan
Iklan

Abdul Latiff mengungguli acara lompat jauh lelaki T13/20 dengan lompatan 6.90 meter (m) mengatasi peserta dari Arab Saudi, Hassan Dawshi (6.08m) dan Mohamed Camara (Guinea-Bissau, 5.12m).

Abdul Latif menang emas dalam acara lompat jauh lelaki di GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.

Sementara itu, Muhammad Ziyad mendominasi acara lontar peluru lelaki F11/12/20 dengan catatan

Iklan

15.93m diekori rapat atlet Uzbekistan, Elbek Sultonov (14.16m) dan Amir Soltane dari Tunisa (10.51m).

Terdahulu, emas pertama negara disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) lelaki T35/36 (kecacatan fizikal) dengan catatan 12.51 saat.

Iklan

Sementara itu, pingat perak negara dihasilkan Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, bagi acara 100m T11/12 lelaki (masalah penglihatan).

GP Olahraga Para Dunia 2023 seterusnya dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Februari hingga 1 March depan.