JAKARTA - Empat orang terbunuh dan beberapa rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua pada Khamis, kata seorang pegawai agensi bencana.
"Gegaran kuat dirasai di sini. Rumah, restoran dan bangunan rosak. Empat orang terkorban... Kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa itu," kata pengurus pusat kawalan operasi untuk agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah Jonathan Koirewoa ketika dihubungi Xinhua.