Thailand bentang permaidani merah sambut ketibaan Anwar

Iklan
Anwar bersama Wan Azizah tiba di Terminal Udara Tentera 2 dalam lawatan rasmi ke Thailand selama dua hari bermula hari ini. - Foto Bernama

BANGKOK - Thailand membentang permaidani merah hari ini bagi menyambut kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan rasmi dua hari di sini.

Ketibaan Anwar untuk majlis sambutan rasmi di Government House disambut oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Iklan
Iklan

Lagu kebangsaan kedua-dua negara Malaysia dan Thailand dimainkan, sebelum Anwar kemudiannya diiringi Prayuth bagi memeriksa barisan kawalan kehormat.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan langkah mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang.

Iklan

Bidang yang menjadi tumpuan termasuk kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan, dan projek ketersambungan utama melintasi sempadan darat.

Selepas mesyuarat Anwar dijadual menandatangani Buku Pelawat Kerajaan, dan kedua-dua Perdana Menteri kemudiannya akan mengadakan persidangan media bersama selepas mesyuarat.

Iklan

Anwar kemudiannya akan menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Prayuth di Government House.

Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Ia merupakan lawatan rasmi Anwar sebagai Perdana Menteri ke luar negara selepas Indonesia, Brunei dan Singapura. - Bernama