PUTRAJAYA - Satu libat urus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama syarikat Touch 'n Go (TnG) akan diadakan sekali lagi.
Ia susulan inisiatif diambil syarikat itu terhadap isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini masih belum mencukupi.
Iklan
Iklan
Menerusi kenyataan, KPDN berkata, libat urus tersebut akan memberi tumpuan kepada pelan tindakan yang jelas terutamanya dari segi tempoh masa yang ditetapkan dan aktiviti secara lebih terperinci.
Pada masa yang sama, kementerian juga akan terus memantau dan memastikan isu-isu yang dibangkitkan itu diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat.
Penambahanbaikan itu melibatkan tambahan bilangan kad sehingga 3.5 juta pada tahun 2023 berbanding 2.68 juta kad tahun lalu bagi mengatasi isu kekurangan kad TnG.
Selain itu, syarikat berkenaan telah mengambil tindakan dengan menghantar pro aktif atau peringatan pra tamat tempoh kepada pengguna TnG.
"Ia termasuk melalui e-mail yang dihantar sebulan sebelum kad tamat tempoh. Notifikasi melalui aplikasi e-wallet dan semakan tarikh juga telah dicetak di belakang kad," katanya.